Assalamualaikum,
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.'
Wednesday, November 3, 2010
'10 AMALAN YANG TERBALIK'
Thursday, October 28, 2010
Beraya Di Rumah Kekanda Ku
Thursday, August 12, 2010
Sunday, March 28, 2010
RUMAH TINGGALAN ORANGTUAKU....SAYU HATIKU..
(Hayatilah lirik lagu ini)
Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal
Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi
Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi
Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal
Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, pulanglah selalu
Saturday, March 27, 2010
ANAK-ANAK SEDARA.....COME-COME BELAKA...
Wednesday, March 24, 2010
ANAK DIDIK TERSAYANG 2010...
Muhmmad Josua, Muhammad Arif, Muhammad Ashraf dan Muhammad Rusdi.
Tuesday, March 23, 2010
NAK CITE PASAL LINUS PULA.....
SK JELAPANG TAMAN MERU IPOH
Monday, March 22, 2010
SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH
Saturday, March 20, 2010
SK KAMPUNG BIAH KENINGAU 2010
KE KENINGAU LAGI.....
Inilah SK KAMPUNG BIAH KENINGAU...di sinilah teman mole jadi cikgu...20 tahun yang lalu...keadaan amat memeritkan...ayo takde..letrik pun takde...payah beno ghasenye...jalanpun bedebu..tak nampak jalan bile selisih ngan lori balak...kecut perut....sekarang semua dah berubah..bangunan dah bertambah..cikgu pun dah ramai...tapi yang penting..dulu.. teman bahagia di sini...walau penuh ranjau dan duri yang perlu diharungi...berbakti demi anak bangsa tercinta..
PROJEK MASA CUTI...
Thursday, March 18, 2010
MENGIMBAU KENANGAN MANIS DI KENINGAU
Tahun bila tu ya...aku balik ke Semenanjung tahun 1992. Ah...18 tahun berlalu..patut berubah pun.. SK. KAMPUNG BIAH..... kau tetap di hatiku....
Wednesday, March 17, 2010
TAHNIAH BUAT YATI CEMERLANG DALAM SPM
Alhamdulillah anaknya Yati...dapat 10A dalam SPM 2009. Yati tu... bekas murid SKJ(sekolah teman ngajoler..) bekas anak didik teman gak...Masih ingat rintihan dari Kak Bitah bila ade cikgu-cikgu yang kurang beri perhatian pada anaknye konon anaknya tu hanya seorang anak perkerja bawahan ...saya cakap pada Kak Bitah...sabojeler..buktikan yang anak kak Bitah pasti boleh capai kejayaan cemerlang gak.. pedulikan sikap deme tu........teman ni pun ape deme tak kata..mentang-mentangle teman ni cikgu pemulihan jer... Balik pada kak Bitah tadi...Puas dah hati dia...katanya..Buat Yati ingatle jasa kedua ibubapamu..cikgu sentiasa mendoakan kejayaan buatmu walau di mana berada. Teman tumpang bangge gak ade juga bekas anak didik teman berjaya ke menara gading..teman tetap ghopeni gak....
Tanjung Piai Johor National Park
PAGI YANG DAMAI
Harini cuti lagi.....banyak benda yang perlu diselesaikan..tempahan jahitan menimbun...semua jahitan mesti siap sebelum April...nak pake gi kenduri kate deme...asyik jait baju oghang...bj sendiri takbejait...takpe yang penting duit masyuk....Semalam cikgu Faridah minta buatkan bunga untuk pin tudungnye...banyak juga...tak tau bila nak mula...pening-pening..stoking knitting untuk Wan Alya pun lum siap lagi...tunggu yak Alya..nanti Mak Chor siapkan..oklah nak belah dah.....nak gi sekolah ambik pokok herba.....Kak Bitah dah bising suruh ambik nanti dikebas orang.....
Tuesday, March 16, 2010
Friday, January 8, 2010
BERAKHIRNYA KEGELISAHAN
Alhamdulillah...anak tunggalku dah mengambil keputusan untuk terus belajr di Madid. surat brhenti dah di buat alih-alih tak jadi kluwo. Puas juga aku berusaha supaya dia meneruskan pengajian di sana. Setiap waktu selepas solat aku membaca surah yassin dan mulut tak henti-henti membaca surah Toha supaya lembut hatinya. Alhamdulillah doaku dimakbulkan. Malam tadi abih juga RM100 melayan krerenahnye...takpe yang penting mahu belajo dan buktikan segala usaha mendapat kejayaan yang boleh dibanggakan nanti.
Thursday, January 7, 2010
INGIN BERBLOG
Assalamualaikum,
Kepada semua selamat bertemu, sekadar ingin bersama di alam blog. Kehadiran sekadar mencuba.